Cawangan baru dressingpaula di Mid Valley Megamall



dressingpaula Membuka Cawangan Baru di Mid Valley Megamall dengan Pameran Fesyen Musim Bunga/Panas 2015



Kuala Lumpur, 7 Mei 2015: dressingpaula melancarkan cawangan terbarunya baru-baru ini yang berlokasi di tingkat 1 (lot F-047) Mid Valley Megamall, bersama hos Aishah Sinclair dan tetamu selebriti Tasha Shilla dan Faradhiya. Pelancaran ini juga bertepatan dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2015. Kedai baru ini merangkumi kawasan permukaan sebanyak kira-kira 1,100 kaki persegi yang didedikasikan khas untuk koleksi sedia pakai dan aksesori wanita.


Bercakap mengenai kemunculan koleksi terkini di cawangan dressingpaula yang baru dilancarkan, Kay Chow, Ketua Bahagian Merchandise berkata, "Pembukaan kedai dan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2015 ini adalah satu kebetulan yang sempurna. Apa cara yang lebih baik untuk memeriahkan suasana pembukaan kedai di lokasi utama seperti Mid Valley Megamall. Kami yakin bahawa pembukaan kedai di sini akan mendorong jenama dressingpaula ke barisan hadapan dalam arena fesyen di Lembah Klang."


Koleksi ini menampilkan potongan klasik dengan sentuhan moden, selaris dengan slogan mereka iaitu "Women before Clothes". Menggabungkan pakaian ruji dengan reka bentuk dan warna minimalis, koleksi ini dilihat turut menggunakan bahan fabrik seperti jacquard, sutera, neoprene, sifon, jaring, tweed dan elemen satin dengan warna-warna asas pastel, nude, kelabu, putih dan biru gelap.



Bertemakan musim bunga, ciri-ciri koleksi terkini dressingpaula menampilkan corak flora timbul, paisley dan strok berus abstrak. Untu gaya edgy, koleksi ini juga menggabungkan petak geometri dan cetakan tipografi metalik. Busana utama daripada koleksi ini termasuk pakaian klasik flora yang boleh disuai-padan untuk tampil sesuai waktu kerja atau kasual.




Koleksi musim bunga/panas 2015 ini bermula dari harga RM59.90 ke RM189.90. Pengunjung yang datang ke kedai yang baru dilancarkan pada hari pembukaan dapat menikmati diskaun 20% dan juga barangan terpilih pada harga istimewa.


Ikuti perkembangan dressingpaula di Facebook dan laman web mereka:

Facebook: www.facebook.com/dressingpaula

Laman web: www.dressingpaula.com

Hi, thanks for stopping by!

Let the posts
come to you.

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Pinterest